Dimaklumkan bahawa, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah membuka pelawaan untuk permohonan Request for Proposal (RFP) bagi projek CADANGAN PEMBANGUNAN DAN PERUSAHAAN AKUAKULTUR BERTEKNOLOGI TINGGI SERTA AKTIVITI PELANCONGAN DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 793, MUKIM 1, DAERAH BARAT DAYA (DBD), PULAU PINANG.
Projek ini melibatkan pembangunan dan pelaksanaan sistem akuakultur berteknologi tinggi serta aktiviti pelancongan yang berkaitan, yang bertujuan untuk meningkatkan ekosistem akuakultur dan menarik pengunjung. Skop kerja termasuk tetapi tidak terhad kepada reka bentuk, pembinaan, pemasangan sistem akuakultur berteknologi tinggi, serta pembangunan kemudahan pelancongan dan aktiviti berkaitan. Pelawaan kepada mana-mana syarikat berstatus bumiputra.
Maklumat Pelawaan RFP:
- Tarikh Pelawaan Dikeluarkan: 16 Disember 2024
- Tarikh Tutup RFP: 3 Februari 2025
- Skop Kerja:
- Pembinaan dan pemasangan sistem akuakultur berteknologi tinggi
- Pembangunan kemudahan pelancongan (termasuk fasiliti dan aktiviti)
- Pembangunan infrastruktur sokongan
- Lawatan Tapak: Bertempat di Pusat Latihan Zakat Pulau Pinang (PULAZA), 6 Januari 2025, 10:30 pagi
- Jualan Dokumen RFP: Dokumen RFP boleh diperolehi daripada MAINPP dengan bayaran sebanyak RM500 melalui bank draft / kiriman wang yang boleh dibuat di pejabat MAINPP bermula pada 7 Januari 2025.
Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau permintaan penjelasan lanjut mengenai projek ini. YBhg. Dato’ / Tuan / Puan boleh menghubungi Encik Fazlan, Unit Pembangunan di nombor 04-2260305 atau 0183574175 untuk maklumat lebih lanjut.
Kami berharap agar YBhg. Dato’ / Tuan / Puan dapat mempertimbangkan pelawaan ini dan mengemukakan cadangan mengikut syarat dan ketentuan yang telah ditetapkan dalam dokumen RFP. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’ / Tuan / Puan amat kami hargai.