Objektif Unit Pembangunan merangkumi aspek-aspek pengurusan projek berkaitan pembangunan sosial di Pulau Pinang secara komprehensif sebagaimana berikut:
- Merangka, merancang dan menyelaras projek pembangunan sosial hartanah wakaf dan baitulmal milik MAINPP;
- Mengenalpasti hartanah milik MAINPP yang berpotensi serta menyediakan kajian kedayahidupan dan konsep pembangunan bagi projek-projek sosial MAINPP;
- Melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang melibatkan skop teknikal bagi tapak dan premis-premis MAINPP;
- Menyediakan ulasan kepada pemaju dalam keperluan perancangan tempat ibadat Islam bagi pembangunan-pembangunan komersial di Pulau Pinang;
- Menyediakan permohonan peruntukan pembangunan hartanah MAINPP kepada agensi-agensi kerajaan.