![]() |
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menafikan ada menawarkan sebarang bentuk pembiayaan atau bantuan kewangan kepada orang awam bagi mendapatkan kemudahan mana-mana skim perumahan. Penafian ini dibuat adalah berikutan terdapat individu yang menyamar sebagai pegawai Baitulmal yang meminta bayaran deposit daripada orang ramai bagi menguruskan kemudahan pembiayaan berkenaan. Tindakan penyamaran berkenaan adalah palsu dan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab serta boleh menjejaskan nama baik MAINPP. Sebelum ini, pentadbiran MAINPP pernah membuat laporan Polis Diraja Malaysia rujukan Jalan Patani /010738/18 betarikh 19 Oktober 2018 terhadap kes yang sama. Oleh yang demikian, MAINPP mengingatkan agar semua pihak tidak terpedaya dengan tawaran kemudahan oleh individu berkenaan. Pihak MAINPP tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami oleh mereka yang terlibat. Harap maklum. YANG DIPERTUA Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang 7 JULAI 2019 |