Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Penyerahan Agihan Hasil Wakaf MAINPP 2023 bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam.
Majlis ini disempurnakan oleh YB. Ir Dato' Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Merangkap Yang Dipertua MAINPP, YBhg. Dato' Dr. Roslan, Timbalan Yang Dipertua MAINPP dan turut dihadiri YBhg. Dato' Samsudin bin Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta para penerima agihan hasil wakaf.
Secara keseluruhan, MAINPP mengagihkan sumbangan hasil wakaf meliputi 20 masjid, 5 surau, 9 institusi pendidikan dan 16 pertubuhan bukan kerajaan yang menjadikan jumlah keseluruhan agihan pada tahun 2023 berjumlah RM935,982.00. Turut diselitkan sesi penyerahan cek cura Sumbangan Musaadah Tabung Kecemasan Misi Kemanusiaan Gempa Bumi Di Turkiye Dan Syria yang diterima daripada Kutipan Tabung Khas Masjid dan Zakat Pulau Pinang yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM690,044.97.
YB. Ir Dato' Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman juga sempat beramah mesra dengan penghuni Kompleks Darul Hidayah dan menyumbangkan sumbangan duit raya untuk mereka.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |