PT Sans | Reset
A A

Lawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Ke Darul Hanan Pulau Pinang

YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah mengadakan lawatan ke Darul Hanan Pulau Pinang.
 
Lawatan ini turut disertai YBhg. Dato' Dr. Roslan bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MAINPP merangkap Pengerusi Badan Kebajikan Darul Hanan dan YBhg. Dato' Hj. Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP.
 
YBhg. Dato’ Hj Sazali bin Hussein, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Darul Hanan bersama-sama Puan Siti Sarah binti Yahaya, Pengurus Darul Hanan menyambut kedatangan TKM1.
Lawatan ini merupakan kali pertama untuk TKM1 dan bertujuan untuk melihat secara lebih dekat perjalanan dan operasi Darul Hanan. TKM1 dibawa melawat ke blok-blok penghuni, anjung terapi (Bilik Fisioterapi) serta gimnasium. Beliau turut beramah mesra dengan penghuni di situ dan menyumbang sumbangan untuk mereka.
 
400451809 729181439233734 8430804715976199850 n 400449398 729181505900394 9195074235655589731 n
400654383 729181429233735 8462993729832065133 n 400449398 729181505900394 9195074235655589731 n
400596687 729181449233733 8003667953633252388 n  399642937 729181645900380 1780471052428761418 n
401510226 729180542567157 3301934471261119129 n 400434159 729180532567158 5772833252149203760 n