Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui Bahagian Pentadbiran Dan Sumber Manusia telah melaksanakan Kursus Pengukuhan Pasukan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 3 – 5 Februari 2023, bertempat di Kem PLKN White Resort Balik Pulau.
Kursus yang disertai oleh seramai 38 orang peserta ini bertujuan membina semangat bekerja dalam pasukan di samping dapat mengeratkan jalinan hubungan kerjasama di antara pegawai dan kakitangan MAINPP serta menerapkan nilai-nilai murni dan meningkatkan kefahaman setiap kakitangan terhadap konsep kerja berpasukan.
Berkampung selama tiga hari, MAINPP di bawah seliaan Coach Mohd Haris bin Hairun Paezi dari Syarikat MindVision Inoventive Group Consultancy telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan organisasi ini.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya berkayak dan water confident. Aktiviti ini melatih para peserta untuk merasa yakin dan selamat membuat aktiviti air di samping itu memperkenalkan peserta yang non-swimmer kepada pemahaman tentang asas keselamatan di dalam air. Aktiviti-aktiviti lain adalah senamrobik dan cara bagaiman menyiapkan ikatan ‘Reef Knot’.