Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah dikunjungi oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang diketuai oleh Profesor Dr Hanim Salleh, Naib Presiden IKRAM bersama- sama Profesor. Dr. Hj. Zainal Alimuddin Zainal Alauddin, Yang Dipertua IKRAM Pulau Pinang.
Kunjungan tersebut disambut mesra oleh YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua MAINPP, YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MAINPP dan YBhg. Dato’ Haji Samsudin bin Bakar, Setiausaha MAINPP.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi memperkenalkan IKRAM secara ringkas dan menerangkan inisiatif-inisiatif IKRAM serta mendapatkan maklum balas dan mencari ruang kerjasama antara IKRAM dan MAINPP.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |