PT Sans | Reset
A A

Kunjungan Dari Majlis Pengawasan Syariah (MPS), Bank Islam Malaysia Berhad

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menerima kunjungan dari Majlis Pengawasan Syariah (MPS), Bank Islam Malaysia Berhad yang diketuai oleh Ustaz Ir. Dr. Muhamad Fuad Abdullah, Pengerusi MPS dan wakil pengurusan yang diketuai oleh Ustaz Saiful Anuar Hambali, Ketua Pegawai Syariah Kumpulan.
 
Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Rosidi bin Hussain, SU MAINPP dan turut sama hadir Ketua Bahagian, Ketua Unit dari MAINPP. Berlangsung selama dua jam, perbincangan ini menyentuh topik berkaitan pencapaian MAINPP dan pembangunan hartanah wakaf di Pulau Pinang.
 
Semoga kerjasama ini dapat dimanfaatkan untuk bersama-sama dalam menerajui pembangunan ekonomi umat Islam.
 
BI1 BI4
BI3 BI5
BI8 BI11
BI6 BI7