Dimaklumkan bahawa pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menubuhkan anak syarikatnya iaitu WAKAF PULAU PINANG SDN. BHD. untuk menguruskan hartanah Wakaf di bawah pentadbiran MAINPP. Oleh yang demikian, bagi semua urusan berkaitan penyewaan hartanah Wakaf, tuan / puan hendaklah berurusan terus dengan Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. seperti di alamat yang berikut :
WAKAF PULAU PINANG SDN. BHD. (WPPSB)
No. 2 & 4, Kampung Kaka
10200 George Town
Pulau Pinang
No.Tel: 04-2519720 / 04-2519917
No.Fax: 04-2519546
Sebarang kemusykilan berkaitan perubahan ini boleh dirujuk kepada Unit Pengurusan dan Penyelenggaran Premis MAINPP di talian 04 2260305 atau pihak Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. Pengurusan hartanah Wakaf oleh Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. ini adalah berkuat kuasa mulai 1 April 2018 sehingga terdapat perubahan yang akan dimaklumkan kelak.