Pada 26 November 2024, YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP telah menerima kunjungan hormat daripada Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), NGO yang aktif menyumbangkan bantuan kemanusiaan antaranya bantuan sara hidup, makanan serta pendidikan.
NGO tersebut yang diketuai oleh Encik Aris Taib, Pengurus My CARE Penang serta dihadiri oleh Puan Latifah Bee, Eksekutif dan Encik Ahmad Fairuz, Aktivis MyCARE. Kunjungan tersebut bertujuan berkongsi informasi serta peranan mereka dalam menyalurkan bantuan antaranya bantuan kemanusiaan yang telah disalurkan ke Gaza.
Turut hadir bersama Puan Noorazreen binti Ilias, Penolong Pegawai Tadbir, Unit Dana Wakaf serta kakitangan MAINPP.