YBhg. Dato' Haji Samsudin bin Bakar, Setiausaha MAINPP telah menyampaikan hadiah beserta sijil penghargaan kepada En. Hanifa bin Mydin Pitchay kerana telah memperolehi markah tertinggi dalam Penilaian Kebersihan dan Kekemasan Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak untuk separuh tahun pertama 2023. Sesi penyampaian ini dibuat semasa Perjumpaan Pekerja Rendah Awam (Penggali Kubur) Dengan YBhg. Dato' Setiausaha MAINPP di Bilik Mesyuarat MAINPP.
Tahniah diucapkan kepada En. Hanifa dan diharapkan semua pekerja di Tanah Perkuburan Islam Jln. Perak menggandakan usaha untuk memastikan persekitaran kawasan perkuburan bersih, kemas dan indah.
![]() |
![]() |