Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa Batu Feringghi.
Mengetuai penerima ialah Timbalan Ketua Menteri 1, YB. Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selaku Yang Di Pertua MAINPP diikuti Timbalan YDP MAINPP, YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Ahmad.
Antara penerima lain yang turut menerima watikah pelantikan ialah Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd. Noor, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Penasihat Undang-Undang Negeri, YB. Puan Roslinda binti Mohd Shafie dan Pegawai Kewangan Negeri, YB. Puan Zabidah binti Safar.
Seri Paduka Baginda bertitah mengingatkan semua penerima agar menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran agama Islam. Pengurniaan watikah ini diharapkan dapat menyuntik semangat kepada semua penerima watikah untuk terus melaksanakan tugas menegak syiar Islam dengan sempurna.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |