Pada 24 Mac 2025, YB. Dato.’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP telah hadir menyempurnakan Majlis Iftar Jamie Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Bersama-Sama Guru-Guru Takmir Negeri Pulau Pinang Sempena Pelancaran Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) MAINPP.
Hadir bersama Sahibus Samahah Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Sukki bin Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Abd Aziz bin Tajuddin
Timbalan Yang Dipertua MAINPP, YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.
Dalam majlis tersebut, seramai 218 guru takmir di negeri ini diraikan dengan pemberian sagu hati Aidilfitri berjumlah RM1,200 seorang hasil sumbangan MAINPP yang telah diperuntukkan sebanyak RM261,200. Atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan kepada rakyat Palestin, Projek Nur Al-Yateemturut diperkenalkan sebagai inisiatif utama keprihatinan kepada rakyat Palestin, hasil tajaan sebanyak RM1 juta oleh MAINPP melalui rakan strategik MAINPP iaitu Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB). Projek Nur Al-Yateem yang dilaksanakan oleh KKB bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan secara bulanan kepada 500 orang anak yatim di Gaza. Bantuan ini merangkumi keperluan asas seperti makanan, pakaian, pendidikan, tempat tinggal, serta sokongan kesihatan dan psikososial. Kos tajaan bagi setiap anak yatim adalah sebanyak RM250 sebulan atau RM3,000 setahun, menjadikan jumlah keseluruhan projek ini bernilai RM1.5 juta.
Turut diselitkan acara pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MAINPP, Yayasan Islam Pulau Pinang(YIPP), dan Al Hamra Integrated School. MoU ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh institusi pendidikan Islam di negeri Pulau Pinang dengan menubuhkan Al Mashoor International Islamic School, sebuah institusi yang akan menjadi model pendidikan Islam bertaraf antarabangsa di utara Semenanjung Malaysia.
Turut diserikan dengan penyampaian agihan hasil manfaat wakaf khas MAINPP 2025 yang merupakan hasil daripada aset-aset wakaf di bawah pentadbiran MAINPP yang diuruskan oleh Wakaf MAINPP melalui kutipan sewaan.
Jumlah agihan hasil manfaat wakaf khas MAINPP pada tahun 2025 adalah sebanyak RM752,093.00 dan dalam masjls tersebut turut diadakan Majlis Perasmian Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) MAINPP.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |